Friday, 10 April 2015

Ebook Cara-Cara Membuat Sabun Gliserin : PERCUMA

Dowload Ebook Disini:


//Bagaimana Membuat Sabun “Handmade” 

Adakan anda berminat untuk membuat sabun tapi tak tahu bagaimana membuat sabun? Ataupun anda dah melihat ramai yang suka sabun handmade ini dan melihat potensi untuk memulakan perniagaan sabun natural. Walau apapun sebabnya anda telah ‘mendownload’ ebook ni, anda telah sampai ke tempat yang tepat!
Selamat Datang & terima kasih kerana membaca E-Book Sabun Handmade Soap Lab Malaysia. Kita di Soap Lab Malaysia ni dah membuat sabun sejak 2004 dan mulai tahun 2017 ni kami nak mengajar lebih ramai orang membuat sabun natural.
Soap Lab Malaysia ni sebenarnya pembekal bahan bahan mentah membuat sabun dan kosmetik lain. Kebanyakkan bahan yang kami menjual ni adalah dari tumbuh-tumbuhan. Kalau dah dari tumbuhan, sudah tentu ianya natural la kan? Oleh itu boleh dikatakan semua bahan yang dijual di Soap Lab Malaysia ni Natural, dan Halal. 
Walaupun kita ni ‘supplier’, Soap Lab Malaysia ni lain sikit. Kita suka sangat mengajar orang bagaimana membuat sabun dan kosmetik. Walaupun sesuatu bahan tu natural, anda juga perlu pastikan bahan tersebut SELAMAT di gunakan dan STABIL untuk masa yang panjang. Dan itulah kita di Soap Lab Malaysia mengajar. Tak kisahlah nak untuk diri sendiri ke, nak jual. Anda kena pastikan bahan yang digunakan itu selamat! Yang bestnya semuanya Soap Lab Malaysia bagi FREE online! Anda boleh melayari www.soaplabmalaysia.com untuk mendapatkan resipi-resipi terbaru dari kami. 
Dalam E-Book ni kita akan mengajar anda cara-cara membuat sabun. Kalau anda tak pernah membuat sabun, anda perlu tahu bahawa cara membuat sabun tu ada tiga cara: Melt & Pour, ‘Cold Process Soap’ dan ‘Hot Process Soap’.
Melt & Pour: 
Ini adalah cara paling senang membuat sabun. Untuk membuat MP method ni, anda perlu meleburkan ‘soap base’ (yang lebih dikenali sebagai sabun gliserin), masukkan pewarna dan pewangi, gaul dan tuang kedalam acuan. Biarkan selama 2 jam, sabun tersebut akan beku bila sejuk ke suhu bilik. Keluarkan dari acuan dan siap digunakkan. Ini adalah cara yang paling senang dan cepat untuk membuat sabun terutamannya jika ini adalah kali pertama anda membuat sabun.
Cold Process Soap: 
Sabun Cold Process ni dibuat dengan mencampurkan minyak sayuran dan lye. Selalunya semasa dua bahan ini dicampur, pewangi (fragrance Oil; FO) dan warna sabun akan dicampur kedalam sekali. Selepas itu, adunan sabun ini akan dimasukkan kedalam acuan dan dibiarkan selama 4-6 minggu sebelum boleh digunakkan. Oleh kerana Lye itu adalah alkali yang sangat kuat, adalah digalakkan untuk anda mempelajari teknik ini dengan lebih terperinci terlebih dahulu. Ini adalah kerana jika pengiraan lye salah, ia boleh membahayakan dan ‘membakar’ kulit kita. Jika anda berminat untuk mempelajari teknik ini dengan lebih lanjut kita di soap lab ada mengajar kelas ini. Sila klik disini.

Hot process 
Hot process adalah seperti cold process soap making dimana anda akan menggunakan lye dan minyak sayuran. Cuma dengan kaedah ini sabun akan dimasak menggunakan kaedah ‘double-boiler’ untuk 3-4 jam supaya sabun boleh digunakkan serta merta dan tidak perlu lagi menunggu 4-6 minggu.
Oleh kerana E-Book ini adalah untuk mereka yang tak pernah membuat sabun ataupun yang baru mempelajari sabun, kita akan fokus dan menulis mengenai kaedah ‘Melt & Pour’. Ini adalah cara yang paling mudah dan cepat untuk membuat sabun. 
Anda boleh membeli soap base dari mana-mana supplier dan memang senang untuk membuat sabun. Salah satu kaedah yang saya suka gunakkan apabila mula membuat sabun dahulu. Dahlah senang, boleh buat pelbagai bentuk dan warna dan tak perlu tunggu 4-6 minggu seperti Cold Process soap! Yang ni memang boleh digunakan serta merta. 
Namun demikian selepas menjadi supplier dan mulakan Soap Lab, kami mendapati kebanyakkan soap base yang dijual diluar tu kebanyakkannya dipenuhi dengan bahan kimia yang akan mengeringkan kulit. Kalau kulit biasa guna takpe la sangat sebab tak nampak kesannnya tapi cuba kalau kulit sensitif yang menggunakan soap base tersebut; terus kulit menjadi gatal-gatal dan ada radang. 
Sebab tula di Soap Lab Malaysia ni sejak tahun 2016; kita membuat dan menjual soap base  buatan sendiri. Oleh kerana saya ni sebenarnya seorang ahli farmasi dan telah mempelajari cara membuat sabun dan skincare di Uni dahulu; ianya amat senang untuk saya memahami dan membuat sendiri soap base ini. Oleh kerana kami di Soap Lab Malaysia yang membuat sendiri soap base ini; ianya Natural, 100% Vegetarian (hanya dibuat dari minyak sayuran) dan selamat digunakkan ke atas badan, muka, kulit sensitif dan kanak-kanak. Cuma masa guna tu pastikan tak kena mata ya sebab ini seperti sabun traditional; akan memedihkan mata sebab kita tak masukkan bahan kimia yang boleh mengebaskan mata dan seterusnya menjadikan sabun ‘tear free’.
Tak Tahu Bagaimana Membuatnya?

Seperti yang diterangkan diatas; melt and pour ni sangat senang untuk dibuat.
Mula mula anda perlu memastikan bahawa anda mempunyai semua bahan-bahan dan perkakas yang diperlukan.
Perkakas
  1. Digital Scale
  2. Microwave atau ‘double boiler’
  3. Sudu (‘stainless steel’ atau silicone atau plastik sahaja)
  4. Acuan (terbaik adalah silicone. Anda boleh menggunakan acuan kek/ chocolate)
  5. Pisau
  6. Digital Thermometer
Bahan- Bahan
  1. Soap Base
  2. Essential Oil atau Fragrance Oil
  3. Pewarna Kosmetik
  4. Bahan-bahan Herba atau lain (optional)
Cara Membuat
  1. Potong soap base ke kiub kecil
  2. Leburkan di microwave / Double Boiler
  3. Masukkan Fragrance Oil/ Essential Oil, Pewarna dan bahan Lain.
  4. Gaul sehingga sebati
  5. Tuang kedalam acuan sementara soap base itu masih panas
  6. Biarkan selama 1-2 jam untuk sabun mengeras. 
  7. Keluarkan dari acuan dan sedia untuk digunakan!
Di bawah ini kami ada video menunjukkan bagaimana membuat sabun melt and pour ini. Mudah seperti ABC! Anda hanya perlu bahan-bahannya sahaja 


BASE MANA YANG PERLU DIGUNAKKAN?
Memang banyak jenis Soap Base yang dijual di Soap Lab Malaysia. Untuk memilih soap base ni bergantung kepada jenis kulit, dan budget anda. 
Untuk Kulit Normal
Anda ni memang bernasib baik! Anda boleh gunakan mana-mana soap base di Soap Lab Malaysia
Untuk Kulit Berminyak & Berjerawat
  1. Honey Soap Base* 
  2. Aloe Vera Soap Base*, 
  3. Papaya Soap Base*, 
  4. Green Tea Soap Base* 
* dari generasi pertama atau generasi kedua
Untuk Kulit Sensitif dan Kering
Semua soap base dari generasi kedua.
Jika anda nak lihat list harga dan Soap Base yang terdapat di Soap Lab Malaysia, sila lihat di Appendix page dalam ebook ini (muka surat terakhir)
Selepas memilih soap base, anda boleh menambah additif lain untuk menjadikan sabun anda lebih menarik dan cantik. Di bawah ini adalah contoh additif yang selalu ditambah kedalam sabun:
FRAGRANCE OIL & ESSENTIAL OIL
Essential Oil (minyak Pati essential) dan Fragrance Oil (minyak pewangi) adalah bahan additif yang selalu dimasukkan kedalam sabun. Anda boleh membeli FO & EO ini dari mana-mana supplier dan ianya boleh dimasukkan kedalam sabun. Namun demikian adalah digalakkan anda bertanya dahulu supplier anda jika minyak ini sesuai digunakkan pada kulit dan juga sesuai untuk sabun.
Pembuatan sabun dan kosmetik di Malaysia ini agak baru dan oleh itu kebanyakkan pewangi yang dijual di luar adalah lebih sesuai untuk dibuat sebagai ‘aromatheraphy’ dan ‘lilin’. Selalunya minyak wangi yang ini akan mempunyai kandungan alcohol yang banyak. Jika digunakkan diatas kulit ianya akan menjadikan kulit kering dan menyebabkan radang. Oleh itu pastikan pewangi yang anda masukkan kedalam sabun anda tu memang boleh digunakan untuk kulit yang sensitif. Masa saya cuba membuat sabun dahulu memang tak ada supplier yang menjual pewangi untuk sabun dan kulit dan saya telah membazir belasan ribu apabila membeli dari supplier di Malaysia. Oleh itu pastikan anda tanya dahulu supplier anda mengenai hal ini sebelum membeli. 
Apabila anda membeli minyak ini; tanyakan dengan supplier anda jika pewangi ini sesuai dengan 1) kegunaan atas kulit 
2) boleh digunakkan didalam sabun. 
Selalunya supplier yang menjual pewangi yang digunakkan untuk sabun ini perlu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh ‘International Fragrance Association Guidelines’(IFRA). Pewangi dan minyak pati yang terdapat di Soap Lab Malaysia ini semuanya menepati piawaian yang ditetapkan oleh IFRA, dan kesemuanya adalah untuk kulit sensitif dan boleh digunakkan dia dalam sabun. Kesemua FO dan EO kami ini diimport dari Amerika Syarikat.
Nak guna EO atau FO?
Tak pasti nak guna yang mana? Klik disini
PEWARNA
Pewarna yang anda gunakkan untuk sabun ini mesti pewarna kosmetik. Anda tidak boleh menggunakan pewarna makanan atau jeli kerana ia tidak stabil dan boleh menyebabkan kesan kotor keatas kulit. 
Terdapat banyak jenis pewarna kosmetik namun jika anda ingin produk anda natural; anda boleh mendapatkan mica atau oxides. Mica dan oxide ini datangnya dari tanah dan batu. Jika anda mendapatkan pewarna ini pastikan anda mendapatkan pewarna yang berkualiti tinggi dan selamat untuk digunakkan keatas kulit.
Kita di Soap Lab Malaysia menjual pewarna-pewarna natural ini dan memang sesuai untuk kulit. Semua pewarna ini adalah pewarna kosmetik dan selalu digunakan untuk dijadikan ‘eye shadow’ ‘foundation’ dan sebagainya. Seperti Fragrance oil kita, pewarna ini juga di import dari Amerika. Jika anda nak tahu lebih lanjut mengenai pewarna mica vs oxides; klik disini.
FRESH INGREDIENTS
Oleh kerana ‘fresh ingredient’/bahan bahan makanan segar ini akan merosakkan sabun/ bahan kosmetik jika dimasukkan, adalah tidak digalakkan anda memasukkan bahan-bahan ini. Selalunya untuk lihat jika bahan tersebut sesuai ataupun tidak untuk ditambah kedalam sabun anda; cuba biarkan bahan tersebut di suhu bilik untuk 3 hari. Jika anda tidak akan memakan bahan tersebut sebab dah rosak, bermaksud bahan tersebut tidak boleh ditambah kedalam sabun anda. 
Ini bermaksud anda tidak boleh memasukkan jus buah-buahan, sayur basah, susu, dsb kedalam sabun anda.
Saya telah menulis artikel mengenai ini di blog soap lab Malaysia. Untuk membaca lebih lanjut sila Klik disini.
KOSMESEUTIKAL
Kosmeseutikal adalah bahan aktif yang seperti ‘ubat’ dimana jika bahan aktif ini dimasukkan kedalam sabun, anda akan mendapat kesan ‘effektifnya’. Ia seperti ubat dan anda mesti menggunakannya dalam dosage yang diberikan. Tak boleh lebih atau akan dapat kesan sampingan, tak boleh kurang kerana ia tidak effektif.
Contoh kosmeceutical adalah seperti gluthathione, niacinamide, kojic acid, vitamin C dsb. Jika anda ingin membuat sabun yang mencerahkan kulit, pastikan anda membaca artikel kami mengenai cara-cara penjagaan kulit supaya tidak mendapat kesan sampingan seperti kulit merekah dan terbakar. Klik disini untuk membaca lebih lanjut.



















RESIPI SABUN 
Level 1
Didalam level 1 anda akan mempelajari cara paling mudah untuk membuat sabun. Didalam level ini anda akan menggunakan hanya 1 atau 2 additif sahaja.
Video 
Cara membuat semua sabun di dalam level ini: 
Level 2
Didalam level 2 anda akan mempelajari cara untuk mencantikkan sabun anda. Ini bermaksud anda akan membuat ‘layering’ keatas sabun anda. Selalunya didalam level ini anda akan menggunakan lebih dari dua jenis soap base, 2-3 color pigment, dan beberapa additif baru.
Video 
Cara membuat semua sabun di dalam level ini adalah seperti berikut: 
Level 3
Didalam level 3 anda akan menambah bahan-bahan seperti kosmeseutikal kedalam sabun anda. Kosmeceutikal ini memerlukan bacaan penimbang yang tepat dan perlu di bancuh terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam sabun. 
Untuk membancuh, selalunya menggunakan gliserin. Ratio yang digunakkan untuk bancuh ialah 2:1 dimana jika 1g kosmeceutikal digunakkan, anda memrlukan 2g gliserin untuk membancuhnya terlebih dahulu.
Goats Milk & Oatmeal Soap
Kebaikan kepada Kulit : Sensitif & Eczema 
*Gambar ini adalah sebagai pehiasan sahaja. petikan gambar dijumpai di http://www.essentiallyeclectic.com
Bahan- Bahan (10 ketul sabun 50g)
  1. Soap Lab’s Handmade Natural Goat’s Milk Soap Base -500g
  2. Soap Lab’s Oatmeal Milk Honey Fragrance Oil -5g
  3. Oat Halus (quaker’s oat)- 5g-10g 
Cara-Cara Membuat:
  1. Leburkan Soap Base di dalam microwave atau double boiler. Selalunya lebih kurang 2-3 min
  2. Masukkan Fragrance Oil dan Oats.
  3. Gaul perlahan-lahan untuk memastikan sabun tidak berbuih
  4. Tuang sabun kedalam acuan dan biarkan selama 2 jam atau sehingga keras. 
  5. Keluarkan dari acuan. Boleh digunakan serta merta


Dead Sea Clay Detox Soap
Kebaikan kepada Kulit : Berminyak & Jerawat

*Gambar ini adalah sebagai pehiasan sahaja. petikan gambar dijumpai di http://www.pinterest.com
Bahan- Bahan (10 ketul sabun 50g)
  1. Soap Lab’s Handmade Aloe Vera Soap-500g
  2. Soap Lab’s Dead Sea Clay -20g
  3. Soap Lab’s Tea Tree Oil Essential Oil -5g
Cara-Cara Membuat:
  1. Leburkan Soap Base di dalam microwave atau double boiler. Selalunya lebih kurang 2-3 min
  2. Masukkan Essential Oil dan Clay. 
  3. Gaul perlahan-lahan untuk memastikan sabun tidak berbuih. Jika berbuih semburkan alcohol spray di permukaan sabun untuk menghilangkan buih.
  4. Tuang sabun kedalam acuan dan biarkan selama 2 jam atau sehingga keras. 
  5. Keluarkan dari acuan. Boleh digunakan serta merta.

Relaxing Lavender Soap
Kebaikan kepada Kulit : Semua Jenis 
*Gambar ini adalah sebagai pehiasan sahaja. petikan gambar dijumpai di http://www.pinterest.com
Bahan- Bahan (10 ketul sabun 50g)
  1. Soap Lab’s Handmade Shea Butter Soap Base-500g
  2. Soap Lab’s Dried Lavender Buds -10g
  3. Soap Lab’s French Lavender Essential Oil -5g
Cara-Cara Membuat:
  1. Leburkan Soap Base di dalam microwave atau double boiler. Selalunya lebih kurang 2-3 min
  2. Masukkan Essential Oil dan Lavender Kering. 
  3. Gaul perlahan-lahan untuk memastikan sabun tidak berbuih. Jika berbuih semburkan alcohol spray di permukaan sabun untuk menghilangkan buih.
  4. Tuang sabun kedalam acuan dan biarkan selama 2 jam atau sehingga keras. 
  5. Keluarkan dari acuan. Boleh digunakan serta merta.Untuk Membeli set ini sila klik disini
Coconut Shea Butter Soap
Kebaikan kepada Kulit : Kering
*Gambar ini adalah sebagai pehiasan sahaja. petikan gambar dijumpai di http://www.pinterest.com
Bahan- Bahan (10 ketul sabun 50g)
  1. Soap Lab’s Handmade Natural Coconut Soap Base-500g
  2. Unrefined Shea Butter -10g
  3. Soap Lab’s Coconut Creme Fragrance Oil -5g
Cara-Cara Membuat:
  1. Leburkan Soap Base & Shea Butter di dalam microwave atau double boiler. Selalunya lebih kurang 2-3 min
  2. Masukkan Fragrance Oil  
  3. Gaul perlahan-lahan untuk memastikan sabun tidak berbuih. Jika berbuih semburkan alcohol spray di permukaan sabun untuk menghilangkan buih.
  4. Tuang sabun kedalam acuan dan biarkan selama 2 jam atau sehingga keras. 
  5. Keluarkan dari acuan. Boleh digunakan serta merta.
Iced Cold Mint Soap
Kebaikan kepada Kulit : Normal. 
Selalunya digunakkan sebagai sabun kurus badan. 
*Gambar ini adalah sebagai pehiasan sahaja. petikan gambar dijumpai di http://www.pinterest.com
Bahan- Bahan (10 ketul sabun 50g)
  1. Soap Lab’s Handmade Transparent Soap Base-500g
  2. Menthol Crystal -5g
  3. Soap Lab’s Peppermint Essential Oil -5g
  4. Daun Mint Kering -5g
  5. Soap Lab’s Chromium Green Mica Powder- 0.1g
Cara-Cara Membuat:
  1. Leburkan Soap Base & Menthol Crystal di dalam microwave atau double boiler. Selalunya lebih kurang 2-3 min
  2. Masukkan Essential Oil  & Daun Kering
  3. Gaul perlahan-lahan untuk memastikan sabun tidak berbuih. Jika berbuih semburkan alcohol spray di permukaan sabun untuk menghilangkan buih.
  4. Tuang sabun kedalam acuan dan biarkan selama 2 jam atau sehingga keras. 
  5. Keluarkan dari acuan. Boleh digunakan serta merta.
Coffee Scrub Soap
Kebaikan kepada Kulit : Normal dan Berminyak 
Selalunya digunakkan sebagai sabun kurus badan dan detox*  
Bahan- Bahan (10 ketul sabun 50g)
  1. Soap Lab’s Handmade Three Butter Soap Base-500g
  2. Hampas Kopi Kering -5g
  3. Soap Lab’s Coffee Fragrance Oil -5g
Cara-Cara Membuat:
  1. Leburkan Soap Base di dalam microwave atau double boiler. Selalunya lebih kurang 2-3 min
  2. Masukkan Serbuk Kopi Kering di dalam acuan.
  3. Masukkan Fragrance Oil kedalam Soap Base
  4. Gaul perlahan-lahan untuk memastikan sabun tidak berbuih. Jika berbuih semburkan alcohol spray di permukaan sabun untuk menghilangkan buih.
  5. Tuang sabun kedalam acuan dan biarkan selama 2 jam atau sehingga keras. 
  6. Keluarkan dari acuan. Boleh digunakan serta merta.
Chocolate Soap
Kebaikan kepada Kulit : Berminyak & Jerawat 
*Gambar ini adalah sebagai pehiasan sahaja. petikan gambar dijumpai di http://www.pinterest.com
Bahan- Bahan (10 ketul sabun 50g)
  1. Soap Lab’s Handmade Green Tea Soap Base-500g
  2. Serbuk Chocolate -5g
  3. Soap Lab’s Hot Chocolate Fragrance Oil -5g
  4. Soap Lab’s Brown Iron Oxide Mica Powder- 0.1g
Cara-Cara Membuat:
  1. Leburkan Soap Base di dalam microwave atau double boiler. Selalunya lebih kurang 2-3 min
  2. Masukkan Fragrance Oil, Serbuk Chocolate dan Serbuk Pewarna Kedalam Soap Base
  3. Gaul perlahan-lahan untuk memastikan sabun tidak berbuih. Jika berbuih semburkan alcohol spray di permukaan sabun untuk menghilangkan buih.
  4. Tuang sabun kedalam acuan Chocolate dan biarkan selama 2 jam atau sehingga keras. 
  5. Keluarkan dari acuan. Boleh digunakan serta merta.
Lush’s Rockstar Soap
Kebaikan kepada Kulit : Kulit Sensitif & Eczema 
*Gambar ini adalah sebagai pehiasan sahaja. petikan gambar dijumpai di http://www.pinterest.com
Bahan- Bahan (10 ketul sabun 50g)
  1. Soap Lab’s Handmade Natural Buttermilk Soap Base-500g
  2. Gula Kasar -5g
  3. Soap Lab’s Designer Fragrance Inspired Lush Rockstar -5g
  4. Soap Lab’s Neon Pink Mica Powder- 0.1g
Cara-Cara Membuat:
  1. Leburkan Soap Base di dalam microwave atau double boiler. Selalunya lebih kurang 2-3 min
  2. Masukkan Fragrance Oil, Gula Kasar dan Serbuk Pewarna Kedalam Soap Base
  3. Gaul perlahan-lahan untuk memastikan sabun tidak berbuih. Jika berbuih semburkan alcohol spray di permukaan sabun untuk menghilangkan buih.
  4. Tuang sabun kedalam acuan dan biarkan selama 2 jam atau sehingga keras. 
  5. Keluarkan dari acuan. Boleh digunakan serta merta.
Charcoal Manly Soap
Kebaikan kepada Kulit : Semua 
*Gambar ini adalah sebagai pehiasan sahaja. petikan gambar dijumpai di http://www.pinterest.com
Bahan- Bahan (10 ketul sabun 50g)
  1. Soap Lab’s Handmade Natural 3 Butter Soap Base-500g
  2. Activated Charcoal Powder -5g (boleh didapati di kedai bakery supply)
  3. Soap Lab’s Cedar Wood Fragrance Oil -5g
  4. Soap Lab’s Black Oxide Mica Powder- 0.1g
Cara-Cara Membuat:
  1. Leburkan Soap Base di dalam microwave atau double boiler. Selalunya lebih kurang 2-3 min
  2. Masukkan Fragrance Oil, Charcoal Powder dan Serbuk Pewarna Kedalam Soap Base
  3. Gaul perlahan-lahan untuk memastikan sabun tidak berbuih. Jika berbuih semburkan alcohol spray di permukaan sabun untuk menghilangkan buih.
  4. Tuang sabun kedalam acuan dan biarkan selama 2 jam atau sehingga keras. 
  5. Keluarkan dari acuan. Boleh digunakan serta merta.
Lemon Sugar Scrub Cube Soap
Kebaikan kepada Kulit : Normal

Bahan- Bahan (50 ketul sabun 10g)
  1. Soap Lab’s Handmade Aloe Vera Soap Base-500g
  2. Gula Kasar -500g
  3. Soap Lab’s Lemon essential Oil -5g
  4. Soap Lab’s Yellow Mica Powder- 0.1g
Cara-Cara Membuat:
  1. Leburkan Soap Base di dalam microwave atau double boiler. Selalunya lebih kurang 2-3 min
  2. Masukkan Fragrance Oil, Gula Kasar dan Serbuk Pewarna Kedalam Soap Base
  3. Gaul perlahan-lahan untuk memastikan sabun tidak berbuih. Jika berbuih semburkan alcohol spray di permukaan sabun untuk menghilangkan buih.
  4. Tuang sabun kedalam acuan ice dan biarkan selama 2 jam atau sehingga keras. 
  5. Keluarkan dari acuan. Boleh digunakan serta merta.
*Gambar ini adalah sebagai pehiasan sahaja. petikan gambar dijumpai di http://www.pinterest.com
Flu & Sinus Away Soap
Kebaikan kepada Kulit : Sensitif dan Kering

Digunakkan oleh pengguna yang mempunyai sinus atau selsema pada waktu pagi

Bahan- Bahan (50 ketul sabun 10g)
  1. Soap Lab’s Handmade Natural Shea Butter Soap Base-500g
  2. Soap Lab’s Eucalyptus essential Oil -10g
  3. Soap Lab’s Ocean Blue Mica Powder- 0.1g
Cara-Cara Membuat:
  1. Leburkan Soap Base di dalam microwave atau double boiler. Selalunya lebih kurang 2-3 min
  2. Masukkan Essential Oil, dan Serbuk Pewarna Kedalam Soap Base
  3. Gaul perlahan-lahan untuk memastikan sabun tidak berbuih. Jika berbuih semburkan alcohol spray di permukaan sabun untuk menghilangkan buih.
  4. Tuang sabun kedalam acuan dan biarkan selama 2 jam atau sehingga keras. 
  5. Keluarkan dari acuan. Boleh digunakan serta merta.

*Gambar ini adalah sebagai pehiasan sahaja. petikan gambar dijumpai di http://www.pinterest.com

Sabun Madu Kelulut
Kebaikan kepada Kulit : Kulit Berjerawat 
Bahan- Bahan (10 ketul sabun 50g)
  1. Soap Lab’s Handmade Honey Soap Base-500g
  2. Soap Lab’s Honey Fragrance Oil -10g
  3. Madu Kelulut 10g
Cara-Cara Membuat:
  1. Leburkan Soap Base di dalam microwave atau double boiler. Selalunya lebih kurang 2-3 min
  2. Masukkan Fragrance Oil, dan Madu Kelulut Kedalam Soap Base
  3. Gaul perlahan-lahan untuk memastikan sabun tidak berbuih. Jika berbuih semburkan alcohol spray di permukaan sabun untuk menghilangkan buih.
  4. Alas acuan dengan bubblewrap.
  5. Tuang sabun kedalam acuan dan biarkan selama 2 jam atau sehingga keras. 
  6. Keluarkan dari acuan. Boleh digunakan serta merta.





LEVEL 
2











Baby Oatmeal Soap
Kebaikan kepada Kulit : Kulit Kering dan Sensitif
Sesuai untuk Bayi dan kanak-kanak. Elakkan terkena bahagian mata. 
Bahan- Bahan (10 ketul sabun 50g)
  1. Soap Lab’s Handmade Natural Buttermilk Honey Soap Base-500g
  2. Soap Lab’s Baby Fresh FO-10g
  3. Serbuk Oatmeal- 5g
  4. Soap Lab’s Sky Blue Color Pigment- 0.5g
Cara-Cara Membuat:
  1. Leburkan Soap Base di dalam microwave atau double boiler. Selalunya lebih kurang 2-3 min
  2. Masukkan Fragrance Oil dan Asingkan Soap Base kepada dua bekas; bekas A (1/2 Soap Base), Bekas B (1/2 Soap Base)
  3. Didalam Bekas A, masukkan Serbuk pewarna dan gaul perlahan-lahan dan tuangkan kedalam acuan. Biarkan ia menyejuk selama 30 minit.
  4. Didalam Bekas B, Masukkan Serbuk oatmeal. Anda boleh meleburkan  semula soap base ini jika ia telah membeku. Tuangkan kedalam acuan, diatas sabun A. Pastikan Sabun A sudah membeku sebelum menuang sabun B.
  5. Biarkan selama 2 jam atau sehingga keras. 
  6. Keluarkan dari acuan. Boleh digunakan serta merta.
*Gambar ini adalah sebagai pehiasan sahaja. petikan gambar dijumpai di http://www.pinterest.com

Sabun Anti-Selulit 
Kebaikan kepada Kulit : Semua Jenis

Bahan- Bahan (10 ketul sabun 50g)
  1. Soap Lab’s Handmade Three Butter Soap Base-500g
  2. Soap Lab’s Orange & Clove FO-10g
  3. Serbuk Kayu Manis- 5g
  4. Serbuk Halia-5g
  5. Soap Lab’s Brown Iron Oxide Color Pigment- 0.5g
Cara-Cara Membuat:
  1. Leburkan Soap Base di dalam microwave atau double boiler. Selalunya lebih kurang 2-3 min
  2. Asingkan Soap Base kepada dua bekas; bekas A (1/4 Soap Base), Bekas B (3/4 Soap Base)
  3. Didalam Bekas A, masukkan Serbuk Halia dan Pewarna. Gaul perlahan-lahan dan tuangkan kedalam acuan. Biarkan ia menyejuk selama 30 minit.
  4. Didalam Bekas B, Masukkan Serbuk kayu Manis dan Fragrance Oil. Anda boleh meleburkan  semula soap base ini jika ia telah membeku. Tuangkan kedalam acuan, diatas sabun A. Pastikan Sabun A sudah membeku sebelum menuang sabun B.
  5. Taburkan sedikit serbuk kayu manis diatas sabun sebagai hiasan.
  6. Biarkan selama 2 jam atau sehingga keras. 
  7. Keluarkan dari acuan. Boleh digunakan serta merta.

*Gambar ini adalah sebagai pehiasan sahaja. petikan gambar dijumpai di http://www.soapqueen.com



Sabun Bubblegum
Kebaikan kepada Kulit : Normal
Sabun ini selalunya digunakkan sebagai sabun hiasan yang berbau kuat untuk bilik mandi. 

Bahan- Bahan (10 ketul sabun 50g)
  1. Soap Lab’s Handmade Transparent Soap Base-500g
  2. Soap Lab’s Bubblegum FO-20g
  3. Cebisan Soap Base yang berwarna Warni- 5g
Cara-Cara Membuat:
  1. Leburkan Soap Base di dalam microwave atau double boiler. Selalunya lebih kurang 2-3 min
  2. Masukkan Fragrance Oil Kedalam Soap Base ini
  3. Masukkan Cebisan Soap Base kedalam acuan
  4. Tuang Soap Base dari (2) kedalam (3). Pastikan Soap Base (2) dalam lingkungan 40 darjah celcius kerana jika (2) terlalu panas ia akan meleburkan (3).
  5. Biarkan selama 2 jam atau sehingga keras. 
  6. Keluarkan dari acuan. Boleh digunakan serta merta.
Sabun Madu Kelulut
Kebaikan kepada Kulit : Berjerawat dan Berminyak

Bahan- Bahan (10 ketul sabun 50g)
  1. Soap Lab’s Handmade Natural Honey Soap Base-400g
  2. Soap Lab’s Transparent Soap Base- 100g
  3. Soap Lab’s Maple Oats & Honey FO-10g
  4. Madu Kelulut- 5g
Cara-Cara Membuat:
  1. Leburkan Soap Base (2) di dalam microwave atau double boiler. Selalunya lebih kurang 2-3 min
  2. Masukkan Madu kelulut dan tuangkan kedalam acuan yang telah dialas dengan bubblewrap. Biarkan menyejuk selama 30 minit.
  3. Leburkan Soap Base (1) di dalam microwave atau double boiler. Masukkan Fragrance Oil ke dalam soap base ini dan gaul sehingga sebati. 
  4. Tuang adunan sabun ini (B) ke dalam acuan yang mempunyai adunan (A) yang sudah mengeras.
  5. Biarkan selama 2 jam atau sehingga keras. 
  6. Keluarkan dari acuan. Boleh digunakan serta merta.
*Gambar ini adalah sebagai pehiasan sahaja. petikan gambar dijumpai di http://bathhousesoap.com
Sabun Frozen Margarita
Kebaikan kepada Kulit : Normal
Sabun ini selalunya digunakkan sebagai sabun hiasan yang berbau kuat untuk bilik mandi.

Bahan- Bahan (10 ketul sabun 50g)
  1. Soap Lab’s Handmade Transparent Soap Base-300g
  2. Soap Lab’s Handmade White Soap Base-200g
  3. Soap Lab’s Frozen Margarita FO-20g
  4. Soap Base yang sudah dikeraskan di dalam acuan coklat ‘Sea Shells’ sehari sebelum.
  5. Soaplab’s Color Pigment Peacock Green 0.5g yang dicampur dengan 1g Gliserin.
Cara-Cara Membuat:
  1. Leburkan Soap Base (2) di dalam microwave atau double boiler. Selalunya lebih kurang 2-3 min. Masukkan 1/2 Fragrance Oil Kedalam Soap Base ini dan tuang kan kedalam acuan
  2. Leburkan Soap Base (1) di dalam microwave atau double boiler. Selalunya lebih kurang 2-3 min. Masukkan 1/2 Fragrance Oil Kedalam Soap Base ini 
  3. Campurkan pewarna dengan sedikit gliserin sehingga sebati. Kemudian masukkan pewarna ini  kedalam soap base ini (2) dan gaul sehingga sebati. Tuang Soap Base ini keatas sabun (1) didalam acuan. Pastikan tidak melebihi 40 darjah celsius. 
  4. Letakkan Sabun sea Shells diatas sabun ini (3) sebelum ia mengeras. 
  5. Biarkan sabun selama 2 jam atau sehingga keras. 
  6. Keluarkan dari acuan. Boleh digunakan serta merta.
*Gambar ini adalah sebagai pehiasan sahaja. petikan gambar dijumpai di http://etsy.com






LEVEL 
3













Sabun Whitening Rose
Kebaikan kepada Kulit : Kulit berminyak & Berjerawat
Sabun ini selalunya digunakkan sebagai sabun whitening dan detox.

Bahan- Bahan (10 ketul sabun 50g)
  1. Soap Lab’s Handmade Natural Papaya Soap Base-500g
  2. Soap Lab’s Geranium Rose Essential Oil -10g
  3. Soap Lab’s Rose Clay 50g.
  4. Serbuk Gluthathione 5g yang telah dicairkan didalam 10g Vegetable Glycerin
Cara-Cara Membuat:
  1. Leburkan Soap Base di dalam microwave atau double boiler. Selalunya lebih kurang 2-3 min.
  2. Masukkan (2), (3), & (4) kedalam soap base apabila soapbase berada pada 40-50 darjah celcius.
  3. Gaul sehingga semua sebati. Tuang kedalam Acuan.
  4. Biarkan sabun selama 2 jam atau sehingga keras. 
  5. Keluarkan dari acuan. Boleh digunakan serta merta.

  • untuk effect whitening selain gluthathione anda boleh menggunakan Niacinamide 10g, atau Serbuk Vitamin C 10g.
  • Untuk kulit kering, anda tidak perlu masukkan rose clay dan tukar Soap base kepada Natural Shea Butter Soap Base
  • Anda boleh menukar essential oil kepada essential oil lain atau fragrance lain. Ia hanya dimasukkan sebagai pewangi dan tidak akan menukar efikasi whitening sabun ini.
Sabun Tea Tree Oil Anti Jerawat
Kebaikan kepada Kulit : Kulit berminyak & Berjerawat, Kulit Sensitif
Sabun ini selalunya digunakkan sebagai sabun anti jerawat untuk kulit sensitif

Bahan- Bahan (10 ketul sabun 50g)
  1. Soap Lab’s Handmade Natural Aloe Vera Soap Base-500g
  2. Soap Lab’s Aust Tea Tree Essential Oil -10g
  3. Soap Lab’s Bentonite Clay 50g or French Green Clay 50g
Cara-Cara Membuat:
  1. Leburkan Soap Base di dalam microwave atau double boiler. Selalunya lebih kurang 2-3 min.
  2. Masukkan (2) & (3) kedalam soap base apabila soapbase berada pada 40-50 darjah celcius.
  3. Gaul sehingga semua sebati. Tuang kedalam Acuan.
  4. Biarkan sabun selama 2 jam atau sehingga keras. 
  5. Keluarkan dari acuan. Boleh digunakan serta merta.






Sabun Celendula Carrot -Anti Aging
Kebaikan kepada Kulit : Kulit Kering dan Menua
Sabun ini selalunya digunakkan sebagai sabun anti aging.

Bahan- Bahan (10 ketul sabun 50g)
  1. Soap Lab’s Handmade Natural Goat’s Milk Soap Base-500g
  2. Soap Lab’s Grapefruit Fragrance Oil -5g
  3. Soap Lab’s Marigold dried petal 10g
  4. Lobak Merah yang dikeringkan dan dikisar menjadi serbuk-20g
  5. Vitamin E Oil 5g
Cara-Cara Membuat:
  1. Leburkan Soap Base di dalam microwave atau double boiler. Selalunya lebih kurang 2-3 min.
  2. Masukkan (2), (3), (4) & (5) kedalam soap base apabila soapbase berada pada 40-50 darjah celcius.
  3. Gaul sehingga semua sebati. Tuang kedalam Acuan.
  4. Taburkan Marigold (celendula) ke atas sabun sebelum sabun mengeras sebagai hiasan
  5. Biarkan sabun selama 2 jam atau sehingga keras. 
  6. Keluarkan dari acuan. Boleh digunakan serta merta.


  • untuk effect anti aging selain Vitamin E; anda boleh menggunakan Niacinamide 10g, atau Serbuk Vitamin C 10g.
  • Untuk kulit berminyak, tukar Soap base kepada Soap Lab’s Papaya Soap Base, atau Soap Lab’s Green Tea Soap Base (first generation)
  • Anda boleh menukar fragrance oil kepada essential oil lain atau fragrance lain. Ia hanya dimasukkan sebagai pewangi dan tidak akan menukar efikasi whitening sabun ini.
*Gambar ini adalah sebagai pehiasan sahaja. petikan gambar dijumpai di http://pinterest.com
Sabun Calamine Eczema
Kebaikan kepada Kulit : Kulit Kering dan Sensitif. 
Sabun ini selalunya digunakkan sebagai sabun anti-radang. Sesuai untuk semua kulit yang selalu gatal-gatal 

*Gambar ini adalah sebagai pehiasan sahaja. petikan gambar dijumpai di http://lushhandmadecosmetics.com
Bahan- Bahan (10 ketul sabun 50g)
  1. Soap Lab’s Handmade Natural Three Butter Soap Base-500g
  2. Soap Lab’s Chamomile Essential Oil -5g
  3. Calamine Powder 10g
  4. Allantoin Powder 10g
  5. Aloe Vera Extract 2g
Cara-Cara Membuat:
  1. Leburkan Soap Base di dalam microwave atau double boiler. Selalunya lebih kurang 2-3 min.
  2. Masukkan (2), (3), (4) & (5) kedalam soap base apabila soapbase berada pada 40-50 darjah celcius.
  3. Gaul sehingga semua sebati. Tuang kedalam Acuan.
  4. Biarkan sabun selama 2 jam atau sehingga keras. 
  5. Keluarkan dari acuan. Boleh digunakan serta merta.











LEVEL 
4
Sabun cecair











Selain Soap Base sabun ‘solid’. Kita di Soap Lab Malaysia juga mempunyai soap base jenis cecair. 
Untuk membuat sabun dengan menggunakan sabun cecair ini adalah sangat mudah. lebih mudah dari Soap Base yang jenis solid.
Untuk menggunakan sabun cecair; anda hanya perlu tambah segala bahan yang dinyatakan diatas kedalam base cecair ini tanpa memanaskan base itu. Mudah kan?
Cara-Cara Membuat:
  1. Sediakan Liquid Soap Base
  2. Masukkan kesemua additif seperti Fragrance, Warna, Cosmeceuticals
  3. Gaul sehingga sebati.
  4. Masukkan kedalam botol. Kalau boleh jenis pump foam.
  5. Sedia digunakan serta merta.
Seperti Soap Base solid; Liquid soap base ini boleh didapati untuk semua jenis kulit. Di appendix dibawah ini kami akan menunjukkan catalog bahan bahan yang terdapat di soap lab.

Tamat
Terima Kasih sekali lagi kerana sudi membaca E-Book Soap Lab Malaysia ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila PM saya di Facebook. Nama saya Nisha:-)
Bagi yang inging membeli barangan di Soap Lab Malaysia boleh membelinya di website ataupun whatsapp 0126643817 untuk mengorder. Whatsapp num itu dikendalikan oleh sales team kami dan ia hanyalah untuk mengorder bahan. Sekali lagi jika anda ada sebarang pertanyaan sila PM saya di FB. 
Terima Kasih;
Nisha


Kulit Normal: 
Anda sangat bernasib baik! Boleh gunakan semua soap base
Kulit Berminyak & Berjerawat
Honey Soap Base, Aloe Vera Soap Base, Papaya Soap Base, Green Tea Soap Base (semua dari kedua-dua generations)
Kulit Kering & Sensitif
Semua 2nd Generation Soap Base

0 comments:

Post a Comment

Please leave a comment for any enquiries thank you. we will get back to you within 1 week.

 
Copyrigh: Soap Lab Malaysia LLP