A Boutique GMP Factory That Makes Handmade Natural Products. Formulated By Pharmacist

Pages

Whitening Product and How to use Them Safely in Malaysia

Produk Pencerahan dan bahaya di Malaysia
Picture: From Google Image


One of the most common thing thats in most asian women is they long for a really fair skin. Somehow the media had made it look like as if; if the women wasn't fair, she is ugly. So every cosmetic product in the market is filled with whitening products.

Salah satu benda paling biasa kita lihat diantara semua wanita di Asia ialah mereka selalu nak kulit putih. Entah kenapala media selalu menunjukkan kalau muka nak cantik mesti kena cerah. Kalau tak hodoh. Sebab tula hampir semua kosmetik di pasaran ada je untuk whitening.


In soap lab malaysia there are 1000's of messages weekly asking about how to make whitening product. On top of that, most of them want something that can give 'results' instantly. You cant get instant result with natural ingredients! So what do they do? You get it OEM by factories. As you can see this latest news article from NST, many OEM factories puts in a lot of dangerous chemicals to give this instant whitening results. These chemicals mainly are; mercury, hydroquinone, Kojic acid, Tretinoin and some steroids. Now these chemicals are actually an awesome treatment as anti pigmentation if you use at the recommended percentage and it takes months before you can see any improvement. However, unfortunately these OEM companies adds more than recommended amount just because the customers wants it that way (they wouldn't do it if it wasn't because of customer's demand) and so the market is flooded with dangerous whitening product. If not used wisely it can cause skin 'burning' and long run skin cancer as well.

Kat Soap Lab Malaysia ni ada lebih dari 1000 message kita dapat tiap2 minggu menanyakan bagaimana membuat whitening produk. Malah banyak juga yang tanya kalau boleh buat produk whitening yang sangat cepat kesannya. Kalau boleh nak yang lepas sapu terus jadi cerah. Manalah ada bahan natural yang beri kesan cepat camtu! So kalau nak juga, apa yang penJual-penjual ni buat? Dia orang pun mintak kilang OEM untuk membuatnya. Seperti artikel di NST ni, didapati kebanyakkan kilang OEM ni menggunakan bahan kimia yang bahaya untuk memberi kesan pencerahan yang cepat. Bahan -bahan kimia seperti merkuri, hydroquinone, kojic acid, tretinoin dan steroid adalah antara bahan kimia yang dimasukkan kedalam krim-krim atau produk yang mencerahkan muka. Siap dapat no pendaftaraan KKM lagi kononya selamat. (Padahal masa apply licence kkm tu mereka tipu kandungan yang ada kat dalam.) Bahan-bahan ni jika digunakan dibawah pengawasan doktor atau ahli farmasi sebenarnya Amat berkesan jika digunakan keatas jeragat. Tapi kesannya mengambil masa 3-4 bulan. Bukannya serta merta. Tapi bayangkan yang dibuat di kilang-kilang OEM ni semuanya serta merta. Ini bermaksud mereka masukkan lebih banyak bahan ini, dan sebab tu la banyak kesan sampingan yang bahaya sampai muka terbakar la, dan ada juga yang mendapat kanser kulit sebab produk-produk ni. Kilang OEM tak kisah. Asalkan untung. Penjual pun tak kisah, sebab tu yang memang pembeli tengah cari. Akhirnya siapa yang susah? Pembeli/ pengguna yang susah kan?

Why are we asian 'dark'?

Now lets get to this whole story as to why are we created darker than the orang putih? Its simply because the weather in this area is hot. We have sun 24-7. Therefore our skin must have the 'thing' to protect our skin from the sun naturally (or we can get cancer). Now this thing is called Melanin. Melanin protects us from UV rays. Now the problem is the more melanin one has (which is a good thing), the darker you will be because it determines the skin color.

Tapi kenapa Orang Asian kebanyakkannya gelap?

Meh i Ceritakan kisah sebenar kenapa kita kat Malaysia ni gelap dan tak Seputih orang putih? Sebab cuaca kat Malaysia ni panas sepanjang masa. Kita kat sini kan ada matahari '24 jam' Oleh itu kulit kita ni direka supaya boleh menahan terikan matahari (kalau tak kita boleh terbakar cam orang putih masa kena terikan matahari ataupun senang dapat kanser kulit). Benda yang memberi perlindungan ini dipanggil sebagai 'Melanin' Melanin melindungi kulit daripada sinaran UV. Lebih banyak melanin kita ada, lebih baik untuk kulit kita. Tapi masalahnya Melanin ni warnanya coklat gelap . Oleh itu lebih banyak melanin kita ada, lebih gelap muka kita.

How does these whitening cosmeceuticals work?

Because of the story of melanin, more and more cosmeceuticals/ ingredients is created to either stop the production of melanin, or eliminate melanin altogether. So when that happens, it will reduce the melanin found on skin, and subsequently giving you are fairer skin.

Bagaimana Produk Whitening ni berfungsi?

Apabila saintis-saintis semua mendapat tau mengenai melanin ni, mereka pun membuat bahan kimia yang boleh mengurangkan melanin ni, ataupun sesuatu yang boleh menghapuskan melanin sama sekali. Oleh itu bila disapukan bahan-bahan ini, kurang la melanin kat kulit. Bila kurang melanin, lebih cerahla muka.

But what happens after that?

Once you get a fairer skin, you are all happy and back to normal day of life. But dont forget this; you are still in Asia where the hot sun is still there. But this time around your skin have got no protection against the sun. Due to this you will tend to get 'sunburn' or freckles (just like orang putih). So what do you do? You have too use sun protection. Possibly a high spf, applied every 2-3 hours. We will talk about spf more in tomorrow's post.


Apa yang berlaku selepas itu?

Bila dah dapat kulit cerah tu, anda pun happy dan teruskan hidup seperti biasa. Tapi jangan lupa anda masih di Asia yang sangat panas ni. Tapi kali ni kulit anda dah takde pelindung natural yang dipanggil 'melanin' tu. Oleh itu muka anda mesti akan 'terbakar' atau merah macam sotong. Kadang-kadang boleh dapat jeragat juga seperti orang putih. So nak buat apa? Cara paling ok ialah bila guna apa apa produk cerah kan kulit tu pakailah sun protection. Kalau boleh yang spf tinggi, apply tiap tiap 2-3 jam. Tak kisah la krim pen cerah anda tu pakai pagi ke Malar ke, mesti kena pakai pelindung matahari pagi dan tengahhari (Malam tak payah, takde matahari) Kalau tak muka anda mesti terbakar (lagi kuat whitening produk tu lagi terbakar muka anda) dan anda mungkin akan dapat kanser kulit.

What can you do if you want whitening products?

First of all, like a broken record im gona say this: you are beautiful the way you are. You dont need fair skin to be gorgeous. But if you do want to insist on having this; make it yourself!. We in soaplab Malaysia have got many cosmetic bases and all you need to do is add your own whitening cosmeceutical (according to the recommended percentage. NEVER PUT MORE!. And always put on sun protection after using any whitening product regardless if you put the whitening product in the morning or night.


Tapi kalau i memang nak cerahkan muka camne?

Sebelum ni pun i dah kata; muka anda dah cantik dah. Tak semestinya orang 'putih' je cantik. Hidung mata semua cantik, tak cerah takpe. Tapi kalau nak juga, buatlah sendiri produk tu. Kami di soaplab ada banyak base kosmetik. Apa yang anda perlu buat ialah tambah sendiri bahan bahan aktif (kosmeseutikal) mengikut peratusan yang direkomen. Jangan letak lebih dari tu BAHAYA! Dan pastikan selalu letak sun screen lepas guna apa-apa pun whitening produk.

If you have any further question please leave a comment below to speak directly to me. Please do not whatsapp as our sales team will not be able to answer your technical questions. Thank you.

Terima kasih kerana membaca. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila tinggalkan Komen dibawah. Tolong jangan whatsapp sebab sales team kita mungkin tak tau camne nak Jawab soalan teknikal anda. Jika tinggalkan komen disini saya akan menjawab dalam masa 48 jam:-

Nisha

2 comments

  1. Hi nisha,
    nak tanya, kalau buat whitening soap ikot resepi soap lab kan, agak-agak jangkahayat nya berapa lama ye?

    ReplyDelete
  2. Bergantung kepada mana u simpan lepas start guna.
    Kalau tempat kotor beberapa hari dah rosak:-0
    Kalau kat bathroom dan basah sebulan

    ReplyDelete

Please Whatsapp Us at 0126643817 for any enquiry

ARTICLES BY SOAPLAB

FEATURED POST

Should i register my natural handmade products with KKM?

Hi. Good morning. Heres another question that we get asked a lot so i thought of enlighten you with the answer to this question. S...