Monday, 5 December 2016

How To Make Face Mist For Dry & Sensitive Skin Malaysia


Bagaimana Membuat Face Mist Untuk Kulit Kering & Sensitif Di Malaysia

For today's post we will be talking about how to make Face Mist for dry skin type.
If you have not read our previous blog entry, click below:

Untuk post pada hari ini kita akan menerangkan mengenai bagaimana membuat Face mist untuk kulit kering dan sensitif. Jika anda belum pernah membaca entry kami mengenai face mist sebelum ini, sila klik:

1. How to make basic Face Mist
2. Ingredients in Face Mist
3. How to Make Face Mist for Acne Skin & Oily Skin

Now lets talk about how to make face mist for dry skin. When you formulate something for dry skin, this face mist will not replace moisturiser. Instead it will be an additional step that they will add with the moisturiser. If you are one of those with dry skin, make sure you always use a moisturiser after using these face mist. Why? Because face mist is mostly water based. Now you will want to trap these water droplets on your face. In order to do that, put a lotion/ moisturiser above this face mist so that it will create a barrier to trap the droplets of 'water' on your skin.

Apabila anda membuat face mist untuk kulit kering, anda perlu ingat bahawa face mist ni takkan gantikan krim muka. Face mist ni akan digunakkan dibawah krim tersebut (lebih kurang macam toner). Kenapa? Sebab face mist ni mempunyai semua bahan-bahan yang dibuat dari 'air' ataupun sesuatu yg larut dalam air. Apabila face mist di semburkan ke atas kulit dan selepas itu krim diletakkan diatasnya, krim ini akan memerangkap titisan air di atas kulit untuk memastikan kulit lembap selalu. Kalau tak guna krim, titisan air dari face mist ini akan menyejat. Bazir la kalau macam tu kan?

In this recipe ill be using the following ingredients:

Bahan-Bahan yang akan digunakkan dalam resipi ni adalah:


Witch Hazel ill reduce it to lesser than 20% as its a astringent. But at the same time i love it because of its anti-inflammatory properties so ill use it at small amount.
Kita akan menggunakan witch hazel pada kadar yang kurang daripada sebelum ini kerana witch hazel adalah astrigen dan boleh membuatkan kulit lebih kering. Tapi kerana witch hazel adalah anti-inflammatory, saya akan memasukkan 20%.

Aloe Vera Extract- Aloe vera is known to be one of those ingredients thats used mainly for 'healing' therefore ill be adding this to 30% of the face mist. Of course you can add more if your want.
Aloe vera selalunya digunakkan untuk menyembuhkan luka dan kulit kering dan sensitif ni selalunya mempunyai masalah kulit lain seperti eczema dan psoriasis. Oleh itu saya akan memasukkan 30% kedalam face mist. Jika anda tidak mahu memasukkan bahan ini, anda boleh gantikannya dengan air suling tapi takde manfaat la ya.

Distilled water- To make the face mist into 100%

Glycerin- ill be using about 3% glycerin because its a really good humectant. If you want you can add more to 5% (because of the humidity in Malaysia I wouldn't advice it because it can get very sticky)
Saya akan memasukkan 3% gliserin kedalam face mist ini kerana ianya adalah humectant (ia menarik air dari atmosfera untuk melembabkan kulit). Anda boleh meningkatkan kuantiti ini kepada 5% tetapi tidak digalakkan kerana ia akan menjadikan kulit anda terlalu melekit.

D-Panthenol- im adding this ingredient into the face mist because its a really good moisturizer. I truly love this a lot. I would add 5% into this face mist. If you are one of those with very dry skin, or have inflamed troubled skin like eczema or psoriasis, i advice you to increase this top 10%.
Ini adalah Vitamin D. Dalam face mist ni saya akan memasukkan 5% D-Panthenol sebab bahan ni memang best terutamanya untuk kulit kering dan sensitif. Kalau anda mempunyai ekzema yang teruk, tingkatkan ke 10%.

Allantoin- this is a good substitute of oils in your face mist since you need all water based ingredients. In dry skin i would use higher concentration because its a really awesome occlusive ingredient (it creates a layer on the skin to trap all the moisture from evaporating out from your skin), and its also a conditioning ingredients.
Bahan ini datangnya dari Aloe Vera dan disebabkan face mist tiada minyak, allantoin adalah pengganti yang terbaik untuk kulit kering.

Essential oils: ill be adding chamomile in this face mist because its calming. U can put as much as you want but stay below 5%. Also remember that you will be spraying face mist on your face therefore the smell can be overpowering if you put too high concentration.
Saya akan memasukkan minyak pati chamomile untuk face mist ini kerana baunya menenagkan. Anda boleh memasukkan sebanyak yang anda nak tapi jangan me lebih I 5%.

Polysorbate 20: i add this the same amount as essential oils to solubalize it in this all water face mist.
Masukkan pada kuantiti yang sama seperti minyak pati untuk melarutkan minyak pati dalam face mist.

Optiphen Plus: preservative. Not Optional. Must put in.
Ini adalah pengawet. Mesti dimasukkan.

Formulation (Resipi)

Formulation for 100g:
1. Witch Hazel: 20g
2. Aloe Vera Extract: 30g
3. Glycerin: 3g
4. D-Panthenol: 5g
5. Allantoin: 0.5g
6. Distilled Water:38.5g
7. Essential Oil: Chamomile 1g, Polysorbate 20: 1g
8. Soap Lab's Optiphen +: 1g

HOW TO MAKE IT?

1. Clean your work surface area and make sure all your things are sterilised using this method.

2. Heat up your distilled water and bring to boil, let it cool down to room temperature.

3. Mix allantoin with glycerin till it dilutes completely. Then Add all the other ingredients into your packaging (preferably a new mist spray bottle)

4. Mix vigorously.

5. Label and ready to use

BAGAIMANA MEMBUATNYA:

1. Bersihkan semua peralatan yang akan anda gunakan dan sterilkannya didalam air panas (seperti botol susu bayi)-klik disii.

2. Panaskan distilled water (didih), dan kemudian biarkan ianya sejuk sehingga suhu bilik.

3. Campurkan gliserin dan allantoin sehingga sebati. Tambahkan kesemua bahan lain kedalam packaging spray. Pastikan ia baru dan tak pernah digunakan. Dilarang menggunakan packaging yang sudah pakai kerana ia akan menyebabkan face mist anda rosak.

4. Goncang botol tersebut sehingga semuanya sebati

5. Label dan siap digunakan.

CAUTION!

1. Always test the product on your skin for allergic test first. Click here to find out how to do so

2. If you are selling this product, advice your consumers to do allergic test first

3. Make sure all your utensils and work surface is clean and sterilise as dirty area and utencils can reduce shelf life.

4. Do not add in any Fresh ingredients that can spoil easily as this will reduce the shelf life. Click here to find out more

5. If putting on face, avoid citrus based or sandalwood essential oil as Malaysian weather will cause your skin to be easily sun burnt. Wear sun protection if add these Essential oils.

PERHATIAN:

1. Selalu menguji jika kulit anda sensitif terhadap bahan bahan didalam produk ini. Bukan semua benda natural sesuai untuk semua kulit. pastikan anda membuat allergik test seperti disini
2. Jika anda menjual produk ini pastikan pembeli anda membuat allergik test ini juga

3. Pastikan kesemua perkakas anda adalah bersih dan steril. jika tidak ianya akan menyingkatkan tarikh luput produk ini kerana kami di soaplab tidak meletakkan banyak pengawet.

4. Dilarang sama sekali memasukkan sebarang barang yang senang rosak di suhu bilik. Klik disini untuk mengetahui lebih lanjut.

5. Jika hendak diletakkan diatas muka, adalah disarankan anda tidak menggunakkan minyak pati yang dibuat daripada buahan citrus, ataupun sandalwood kerana ianya tidak sesuai dengan suhu panas di Malaysia dan akan menyebabkan 'sunburn'. Pastikan memakai sunscreen jika mengunnakan minyak pati essential ini.



If you have any further questions please feel free to leave a comment below. Thank you


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila tinggalkan komen dibawah.

If you would like to purchase the ingredients, please click here
Jika anda ingin membeli bahan-bahan untuk membuat face mist ini, sila klik disini

Thank you for reading;
Nisha

4 comments:

  1. berapa lama face mist ni boleh tahan...i mean expired date for that face mist

    ReplyDelete
  2. Hi. It depends on ur surrounding cleanliness. Kalau u follow the proper manufacturing, can last as long as your expiry of the ingredient. But if not its safest to use within 6 months:-)

    ReplyDelete
  3. instead of allantoin can we add jojoba oil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi no. its two different things. one is water based (allantoin) and one is oil based (jojoba oil). if you want to add jojoba oil in this you will need to add some emulsifier as well to mix it properly. you can add polysorbate 80 as the emulsifier if you want (same amount as jojoba) but it wont be 'face mist' anymore it will be 'face milk'. different category of product:-)

      Delete

Please leave a comment for any enquiries thank you. we will get back to you within 1 week.

 
Copyrigh: Soap Lab Malaysia LLP